Lelaki ditemui mati dalam tandas sekolah

28 Oct 2026 • 9:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki ditemui mati dalam tandas sekolah

SERIAN – Seorang lelaki berusia 46 tahun ditemukan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di dalam tandas sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Batu 32, Jalan Baki Lama, di sini, hari ini.

Mangsa, Mohd Faizal Muhammad Isa, ditemukan oleh anggota bomba yang menjalankan operasi menyelamat susulan panggilan kecemasan pada pukul 4.30 petang.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian tiba di lokasi pada pukul 4.43 petang sebelum membuka pintu tandas menggunakan peralatan khas.

“Selepas pintu berjaya dibuka, mangsa didapati terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki ditemui mati dalam tandas sekolah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved