Anggota polis dengar bunyi tangisan, bongkar penemuan bayi dalam tanah

28 Oct 2026 • 10:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Anggota polis dengar bunyi tangisan, bongkar penemuan bayi dalam tanah
Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa ditemukan tertimbus dalam tanah berhampiran sebuah rumah sewa di Jalan Airport semalam. - Foto hiasan

KAPIT - Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa ditemukan tertimbus dalam tanah berhampiran sebuah rumah sewa di Jalan Airport di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Rohana Nanu berkata, bayi yang baharu dilahirkan tu ditemukan anggota polis selepas terdengar tangisannya ketika menjalankan pencarian di lokasi berkenaan.

"Polis menerima laporan mengenai kejadian kira-kira 2.30 petang semalam. Pada waktu itu, anggota terdengar tangisan bayi sebelum melakukan pencarian dan menemukannya tertimbus dalam tanah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rohana berkata, bayi yang berada dalam keadaan kritikal itu dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut dan ibunya juga sudah dikenal pasti namun siasatan belum dilakukan kerana dia sedang dirawat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved