Lelaki ditemui meninggal dunia dalam rumah

3 Sep 2026 • 11:49 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki ditemui meninggal dunia dalam rumah
Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan dan kematian berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai tinggal bersendirian ditemui meninggal dunia di sebuah rumah di kawasan Cheras, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.42 petang.

Menurutnya, polis bersama agensi berkaitan kemudian ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.

"Pemeriksaan mendapati seorang lelaki berusia pertengahan 40-an yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan telah meninggal dunia.

"Tiada unsur jenayah dikesan dan kematian berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Rosdi berkata, mayat lelaki berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bedah siasat.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved