Lelaki ditemui meninggal dunia dalam tandas sekolah

29 Oct 2026 • 3:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki ditemui meninggal dunia dalam tandas sekolah
Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam tandas sebuah sekolah

SERIAN – Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam tandas sebuah sekolah di Jalan Baki Lama, di sini,  semalam.

Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.30 petang.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian kemudian tiba di lokasi pada jam 4.43 petang bagi menjalankan operasi menyelamat.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Rosnani Malong itu membabitkan lapan anggota dengan bantuan jentera FRT serta kenderaan EMRS.

Menurut JBPM Sarawak, pemeriksaan di lokasi mendapati anggota bomba perlu menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu tandas bagi membolehkan pasukan penyelamat masuk ke ruang berkenaan.

Mangsa, Mohd Faizal Muhamad Isa, 46, ditemukan terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Setakat ini punca kematian belum diketahui dan siasatan lanjut diserahkan kepada pihak berkuasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved