
PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki menghisap rokok di ruang solat di sebuah masjid mengundang persoalan orang ramai selepas turut bertindak memadam puntung rokok di atas sebuah meja.
Menerusi sebuah rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di masjid itu, lelaki berkenaan turut dirakam mencabut label pada tabung masjid selepas melakukan perbuatan tersebut.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah masjid di Kok Lanas, Kelantan.
“Terkini. Seorang lelaki yang mencurigakan masuk ke dalam masjid ayesha kok lanas, menghisap rokok di ruang solat, memadam puntung rokok di meja tempat imam menyampaikan khutbah, sebelum bertindak mencabut lebel tabung masjid,” tulis hantaran tersebut.
Kejadian itu mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan orang ramai yang tertanya-tanya motif lelaki berkenaan bertindak sedemikian di dalam rumah ibadat.
“Jangan cakap dia gila. Orang gila tak boleh kena pukul. Dia ni sihat ni. Ada duit beli rokok, baju kemas tak lusuh,” kata @Hafeez.
“Nasib baik ada CCTV banyak. Kalau tak ada?” kata yang lain.
“Pihak berkuasa, mohon bertindak segera, muka dah sah-sah jelas,” kata @Sabree. – KOSMO! ONLINE
The post Dikecam hisap rokok dalam masjid, koyak label tabung appeared first on Kosmo Online.






