Lelaki ditemukan maut di dalam kereta Toyota Alphard

LocalCars
23 Aug 2026 • 4:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki ditemukan maut di dalam kereta Toyota Alphard

TAPAH – Seorang lelaki berumur 20-an ditemukan maut di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard di belakang sebuah kedai peruncit perkakas rumah, Bidor Sentral di sini dalam kejadian pada pukul 8.56 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, polis menerima maklumat sebuah kereta jenis Toyota Alphard berwarna hitam, berada dalam keadaan enjin dan penyaman udara masih hidup, tingkap tertutup rapat serta semua pintu berkunci.

“Hasil siasatan mendapati kereta dalam keadaan berkunci dan semua tingkap ditutup rapat. Bantuan bomba telah berjaya membuka pintu kereta.

“Pemeriksaan dapati seorang lelaki warga tempatan berumur 20-an dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di tempat duduk penumpang belakang kereta,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pemeriksaan di dalam kereta telah menjumpai satu bekas aluminium yang terdapat di dalamnya arang yang telah dibakar.

Jelasnya, mangsa telah dikeluarkan dari kereta dan mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk proses bedah siasat.

Ujarnya, tiada unsur jenayah dalam kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki ditemukan maut di dalam kereta Toyota Alphard appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved