Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam tandas stesen minyak

21 Sep 2026 • 6:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam tandas stesen minyak
Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam tandas sebuah stesen minyak di Taman Tronoh Baru, Tronoh pada Isnin. Gambar hiasan

IPOH - Seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam tandas sebuah stesen minyak di Taman Tronoh Baru, Tronoh, kira-kira 30 kilometer dari sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.20 petang sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah tiba di lokasi 14 minit kemudian.

"Setibanya di lokasi, pihak polis dan Kementerian Kesihatan (KKM) telah berada di tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri serta tersekat pada bingkai pintu tandas.

"Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM. Difahamkan, mangsa merupakan orang awam yang singgah untuk menggunakan tandas di stesen minyak berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, anggota bomba kemudian menjalankan kerja mengeluarkan mangsa dengan melaraskan kedudukannya sebelum berjaya membawanya keluar dari tandas.

Sabarodzi berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 3 petang. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved