Budak maut dicampak bapa saudara ke sungai

21 Sep 2026 • 8:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Budak maut dicampak bapa saudara ke sungai

KOTA TINGGI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui meninggal dunia dalam keadaan tragis selepas dipercayai dicampak bapa saudaranya sendiri ke dalam sungai di Kampung Padang, Tanjung Sedili, di sini hari ini.

Lebih memilukan, mangsa, Putri Nur Afiyah Qalesya Mustafa dipercayai menjadi mangsa amukan suspek berusia 37 tahun yang bertindak membawa parang sebelum mengejar seorang lelaki berusia 40 tahun di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.30 pagi.

Katanya, sebelum polis tiba di lokasi, suspek dipercayai telah mencampak kanak-kanak terbabit ke dalam sungai sehingga menyebabkan kematiannya.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Balai Polis Kuala Sedili yang diketuai Ketua Polis Balai Sedili bergegas ke lokasi dan berjaya menahan suspek.

“Semasa tangkapan, berlaku pergelutan yang menyebabkan seorang anggota polis mengalami kecederaan, namun suspek berjaya ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat kanak-kanak itu akan dihantar ke Hospital Kota Tinggi sebelum dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pasir Gudang untuk proses bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

 

The post Budak maut dicampak bapa saudara ke sungai appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved