Suspek pernah terima rawatan pulihkan masalah mental

21 Sep 2026 • 8:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Suspek pernah terima rawatan pulihkan masalah mental

​KOTA TINGGI – Bapa saudaranya yang bertindak mencampak kanak-kanak perempuan lima tahun ke dalam sungai hingga meninggal dunia di Kampung Padang, Tanjung Sedili hari ini dipercayai pernah berubat secara tradisional untuk memulihkan masalah kesihatan mentalnya.

​Menurut saudara rapat kepada suspek, lelaki yang bekerja sebagai penebar roti canai itu telah menerima rawatan secara tradisional selepas mengalami masalah tersebut beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, suspek tidak pernah mendapatkan rawatan di hospital memandangkan keadaannya pulih selepas mendapatkan rawatan secara tradisional.

“Dulu dia pernah terkena gangguan macam ni, masa tu kami dah bawa berubat dan alhamdulillah keadaan dia ok balik. Ingatkan dah tak ada apa-apa, tak tahu pula benda ni boleh datang balik.

“Dua minggu lepas dia ada telefon tanya khabar dan cakap nak balik sini. Masa bercakap tu keadaan dia ok sahaja, tak ada nampak yang pelik.

“Tapi bila dapat tahu kejadian ni, nampaknya keadaan dia jadi macam dulu balik,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi, di sini hari ini.

​Katanya, suspek yang mempunyai tiga orang anak itu difahamkan telah pulang ke rumah ibunya di Tanjung Sedili sebelum insiden berkenaan berlaku. – KOSMO! ONLINE

 

The post Suspek pernah terima rawatan pulihkan masalah mental appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved