Lelaki guna kenderaan ‘bomba rescue’ ada rekod psikiatri

LocalHealth & Fitness
29 Oct 2026 • 3:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki guna kenderaan ‘bomba rescue’ ada rekod psikiatri

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki berusia 35 tahun yang tular kerana memandu kenderaan menggunakan tulisan bomba rescue secara melulu mempunyai rekod rawatan psikiatri akibat gangguan bipolar.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek ditahan di kawasan Taman Bandar Puteri Jaya, di sini selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada kelmarin.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek menerima rawatan psikiatri sejak 2017, namun tidak mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sejak dua tahun lalu.

“Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencingnya negatif,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini hari ini.

Kata beliau, polis turut merampas sebuah kenderaan serta beberapa barangan kes berkaitan kejadian itu.

“Suspek direman sehari bermula hari ini bagi membantu siasatan dan dia kini ditahan di wad HSAH sementara siasatan lanjut dijalankan,” ujarnya.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Farah Hazwani Osman di hospital tersebut pada pagi ini.

Tambahnya, polis membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya

Kosmo! kelmarin melaporkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah mengesahkan sebuah kenderaan persendirian yang tular di media sosial kerana menggunakan tulisan bomba dan lampu amaran khas bukan kenderaan rasmi jabatan itu.

JBPM memaklumkan kenderaan itu juga bukan milik mana-mana Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di negeri ini.

Terdahulu, tular rakaman video di media sosial memaparkan sebuah kereta berwarna merah berpelekat bomba rescue dan lampu amaran khas dipandu secara melulu sehingga mengundang kemarahan pengguna jalan raya. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki guna kenderaan ‘bomba rescue’ ada rekod psikiatri appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved