Lelaki pandu kereta bertulisan 'Bomba' menghidap bipolar disorder

LocalHealth & Fitness
29 Oct 2026 • 2:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki pandu kereta bertulisan 'Bomba' menghidap bipolar disorder
Hanyan menunjukkan kenderaan yang diperiksa untuk tindakan lanjut.
Image from: Lelaki pandu kereta bertulisan 'Bomba' menghidap bipolar disorder
Lelaki terbabit ditahan di wad Hospital Sultan Abdul Halim sehinggalah perkembangan siasatan lanjut.
Image from: Lelaki pandu kereta bertulisan 'Bomba' menghidap bipolar disorder
Hanyan (kanan) menunjukkan barang kes yang dirampas.

SUNGAI PETANI - Lelaki yang memandu secara melulu sebuah kenderaan persendirian menggunakan tulisan 'Bomba' sehingga tular di media sosial dikenal pasti menghidap penyakit bipolar disorder atau gangguan kesihatan mental sejak kira-kira sembilan tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai menangguhkan rawatan yang perlu diambil sejak lebih kurang dua tahun lalu.

**media[3692939]**

"Berikutan video tular tersebut, seorang ketua polis balai bomba Sungai Petani telah membuat aduan pada 27 Oktober lalu.

"Bertindak atas laporan ini, kita telah mengesan dan membuat penahanan di Bandar Puteri Jaya selain merampas sebuah kenderaan dipercayai milik mangsa dan beberapa barang kes lain," katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini pada Khamis.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan video tular membabitkan seorang lelaki dilihat membawa kenderaan pelbagai guna (MPV) warna merah menggunakan tulisan Bomba dipercayai memandu secara melulu tanpa mengambil kira pergerakan trafik kenderaan lain, seolah-olah dalam perjalanan mahu meneruskan tugasan kecemasan.

Tindakan tersebut juga menimbulkan kekeliruan orang ramai kerana lelaki terbabit dipercayai bertindak turun dari kereta dan memarahi pengguna lain yang tidak membuka laluan kepadanya.

Hanyan berkata, lelaki terbabit mempunyai lesen memandu sah itu tidak mempunyai rekod lampau jenayah dan keputusan saringan air kencing, negatif.

**media[3692940]**

"Kita mohon reman pada pagi ini dan permohonan itu hanya dibenarkan selama sehari. Tangkapan ini dirawat dan ditahan di wad Hospital Sultan Abdul Halim di sini sehinggalah perkembangan siasatan lanjut.

"Saya juga ingin menasihati keluarga yang mempunyai individu menerima rawatan psikiatri agar memastikan mereka mematuhi jadual pemeriksaan ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam," katanya.

Menurut Hanyan, kes disiasat bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan, iaitu menyamar sebagai penjawat awam dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved