Warga emas maut tercampak motosikal bertembung MPV

LocalCars
28 Oct 2026 • 8:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Warga emas maut tercampak motosikal bertembung MPV

MARAN – Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Honda Wave dinaikinya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 59 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini semalam.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 15 saat menyaksikan mangsa tercampak selepas bertembung dengan Toyota Vellfire.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, kejadian kira-kira pukul 4 petang itu berlaku menyebabkan mangsa berusia 75 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika MPV jenis Toyota Vellfire dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Sri Jaya.

“Apabila sampai di tempat kejadian tiba-tiba sebuah motosikal ditunggang mangsa datang dari arah bertentangan masuk ke laluan MPV dan berlaku pelanggaran secara berdepan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, akibat kejadian penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu MPV tidak mengalami kecederaan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

“Pihak polis memohon bantuan orang ramai yang menyaksikan kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi balai polis berhampiran,”ujarnya.- KOSMO! ONLINE

The post Warga emas maut tercampak motosikal bertembung MPV appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved