Lelaki hilang ketika mandi sungai di Kota Belud ditemukan lemas

9 Apr 2026 • 4:15 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KOTA BELUD: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di sungai berhampiran Kampung Purak Ogis Supuan di sini, pada petang Selasa, ditemukan lemas.

Mayat Fernandez Anak Sawing @ Andin, 33, ditemui orang awam pada jam 6.30 pagi, Rabu kira-kira 2.1km dari kawasan dia dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Elge Bakuk berkata jabatan itu menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 5.12 petang, Selasa.

Katanya, seramai sembilan anggota dikerah ke lokasi kejadian sejauh 25 kilometer beserta satu jentera dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba jam 5.42 petang, operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dijalankan di kawasan sekitar persisiran sungai.

“Bagaimanapun mangsa atau sebarang petunjuk masih belum ditemukan sehingga operasi pencarian ditangguhkan pada jam 8.15 malam, Selasa,” katanya dan menambah mangsa ditemui penduduk di kawasan sungai pada Rabu.