Arif-Roy King kejutkan beregu Indonesia

20 Aug 2026 • 8:33 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Arif-Roy King kejutkan beregu Indonesia

.

PETALING JAYA: Arif Junaidi-Yap Roy King melengkapkan kemaraan beregu lelaki Malaysia ke peringkat 16 terbaik pada Kejohanan Badminton Dunia di New Delhi, India, tengah malam tadi.

Gandingan No. 19 dunia itu mengejutkan beregu sedang meningkat naik dari Indonesia, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin 21-16, 21-19 dalam masa 36 minit di peringkat 32 terbaik.

Kejayaan tersebut juga merupakan kemenangan sulung Arif-Roy King ke atas pasangan No. 12 dunia itu kerana kedua-dua beregu belum pernah bertemu dalam sebarang kejohanan antarabangsa sebelum ini.

Pada pusingan ketiga, hari ini, Arif-Roy King bakal menghitung pertemuan dengan wakil tuan rumah, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty yang merupakan beregu No. 5 dunia.

Arif-Roy King tidak memiliki rekod yang baik ke atas Rankireddy-Shetty, selepas mereka tewas dalam kesemua empat pertemuan lalu.

Beregu lelaki No. 4 negara itu yang merupakan sebahagian daripada eksperimen barisan jurulatih memecah gandingkan beberapa pasangan, mempamerkan aksi meyakinkan berdepan Indra-Joaquin.

Seandainya rentak yang sama mampu dikekalkan, peluang untuk sekali lagi mencipta kejutan mampu direalitikan ke atas Rankireddy-Shetty pula.

Selain Arif-Roy King, Malaysia juga mempunyai tiga lagi pasangan yang mara ke peringkat 16 terbaik iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara, Wong Ling Ching tersingkir pada pusingan kedua selepas tumpas kepada bintang No. 2 dunia, Akane Yamaguchi dari Jepun 18-21, 10-21 dalam masa 36 minit.

Kekalahan Ling Ching itu sekali gus menyaksikan tiada wakil Malaysia dalam sektor perseorangan lelaki dan wanita yang berjaya meloloskan diri ke pusingan ketiga. – UTUSAN

The post Arif-Roy King kejutkan beregu Indonesia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved