Lelaki warga asing cuba seludup 45 tanduk haiwan

LocalEnvironment
22 Aug 2026 • 11:09 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki warga asing cuba seludup 45 tanduk haiwan
Antara barangan dipercayai tanduk haiwan yang dirampas menerusi pemeriksaan Khamis lalu.

BAYAN LEPAS - Cubaan seorang lelaki warga Indonesia menyeludup barangan disyaki hidupan liar berupa tanduk haiwan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTAPP) gagal selepas dikesan pihak berkuasa pada Khamis.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan berkata, suspek berusia 57 tahun yang menaiki penerbangan China Southern dari Guangzhou, China, itu ditahan selepas pemeriksaan terhadap bagasinya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan itu menemukan sebanyak 45 unit barangan yang disyaki tanduk haiwan.

"Barangan disyaki hidupan liar berkenaan dibawa tanpa kebenaran atau dokumen sah di bawah Seksyen 68(1)(b) Akta 716.

"Kesemua barangan berkenaan disita dengan anggaran nilai RM5,000," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

AKPS berkata, kesemua barangan kes kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk siasatan lanjut.

"AKPS menegaskan komitmen berterusan untuk memperkukuh kerjasama bersama agensi penguatkuasaan lain dalam membanteras sebarang bentuk jenayah rentas sempadan, khususnya melibatkan pemerdagangan hidupan liar di pintu masuk antarabangsa negara," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved