Lelaki Ini Berjaya Cipta Rekod Dunia Terbaru, Tiup 10 Belon Dengan Hidung Dalam Masa 1 Minit

Entertainment
28 Aug 2022 • 10:23 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selain kek, belon merupakan antara hiasan yang wajib ada ketika sambutan hari jadi kanak-kanak. Budak-budak lagi lah suka kalau dorang boleh tiup dan main dengan belon kan.

Tiup belon dengan menggunakan mulut merupakan sesuatu yang normal dan boleh dilakukan oleh semua orang di dunia ini, namun tiup belon dengan hidung? Hanya orang tertentu je mampu lakukannya.

image is not available

Itulah bakat yang dimiliki oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai David Rush ini. Menurut New York Post, lelaki itu telah berjaya meniup 10 belon menggunakan hidungnya dalam masa seminit sahaja.

Rush telah menjadi perhatian ramai setelah memuat naik videonya meniup belon-belon tersebut dengan hidung di YouTube baru-baru ini.

Menurutnya, dia akan berlatih setiap minggu supaya berjaya meniup belon menggunakan hidung.

image is not available

Lima tahun lalu, Rush pernah mencuba untuk mencipta rekod meniup belon dengan hidung ini namun tidak berjaya gara-gara selesema dan alergi.

image is not available

Betul lah kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kalau selalu berlatih, mesti akhirnya berjaya juga.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.