
Semalam, gempar satu kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi yang terbabas dan terjunam ke dalam sebuah tasik di Jalan Bukit Pasir, Batu Pahat.
Menurut laporan Astro AWANI, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Suzaini Mohd Sadali memberitahu ketika kejadian itu dia sedang memandu di sekitar tasik yang dikenali sebagai Tasik Merdeka, lalu terlihat kereta tersebut menjunam ke dalam tasik itu.
Kemalangan melibatkan sebuah kereta yg hilang kawalan & terjunam ke dalam tasik di Tasik Merdeka, Batu Pahat sebentar tadi.
Syukur 3 mangsa dapat diselamatkan oleh individu berbaju oren ini yg dikenali sebagai Jai.
Salute boss! pic.twitter.com/1JY4m9lwqS
— MyWatch (@My_CrimeWatch) January 17, 2023
Tanpa berfikir panjang, dia terus terjun ke dalam tasik yang merupakan bekas lombong bauksit itu dan selamatkan tiga orang mangsa kemalangan yang hampir lemas tersebut.
“Saya kemudiannya memberhentikan kereta dan terlihat mangsa yang terdiri daripada dua wanita di sebelah tempat duduk pemandu dan penumpang belakang, berpaut pada badan kereta sambil menangis.
Pemandu kereta merupakan seorang lelaki dan dia pula sudah terkapai-kapai. Bila nampak saya, dia menjerit minta tolong, saya terus terjun tanpa berfikir kerana tidak sanggup membiarkan mereka,” katanya.
Ketiga-tiga mangsa tersebut dapat diselamatkan oleh Suzaini dengan bantuan beberapa orang awam lain.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu daripada orang awam pada pukul 1.30 tengah hari Selasa.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta yang dipandu oleh seorang lelaki bersama dua rakan wanitanya dalam perjalanan dari Tongkang Pechah menghala ke Batu Pahat.
Mantaplah abang!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


