Lelaki Kongsi Idea Luar Kotak Bendung Masalah Sesat Dalam Hutan

LocalSports
2 Jun 2026 • 9:13 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Lelaki Kongsi Idea Luar Kotak Bendung Masalah Sesat Dalam Hutan

Lelaki Kongsi Idea Luar Kotak Bendung Masalah Sesat Dalam Hutan

Trend aktiviti sukan lasak, terutamanya mendaki gunung atau hiking, kini bukan lagi sekadar hobi bermusim tetapi telah menjadi satu gaya hidup dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Sama ada bukit kecil di pinggir kota mahupun puncak gunung yang tinggi di dalam banjaran.

Trend ini boleh dilihat dengan trek pendakian sentiasa dipenuhi oleh para hikers yang ingin melarikan diri seketika daripada kesibukan kota.

Aktiviti hiking dilihat sebagai medium terapi minda yang paling efektif.

Selain aktiviti ini juga bukan sahaja menyihatkan badan tetapi juga merangsang hormon endorfin yang mengurangkan stres.

Berada di dalam hutan memberikan peluang untuk menjauhkan diri daripada skrin gajet.

Malah bunyi burung-burung berkicauan, deruan angin dan air terjun yang tenang menjadikan diri lebih 'bebas'.

Namun, di sebalik keindahan alam dan keseronokan yang dikejar, hutan menyimpan seribu satu cabaran.

Pepatah melayu "malang tak berbau" sering kali menjadi kenyataan akibat beberapa faktor seperti cuaca buruk, tersilap memilih laluan, keletihan melampau, ataupun faktor kurangnya persediaan fizikal dan mental.

Kes pendaki hilang atau sesat di dalam hutan di Malaysia bukanlah satu isu yang remeh. Ia bukan sekadar plot cerita berita di televisyen, tetapi merupakan satu krisis yang melibatkan taruhan nyawa.

Lebih-lebih lagi, apabila berlakunya kes kehilangan pendaki, impaknya bukan sahaja dirasai oleh keluarga mangsa, malah ia menggerakkan satu rantaian operasi yang sangat besar.

Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) biasanya melibatkan pelbagai agensi utama dan menelan kos yang tinggi kepada lokasi kejadian, bentuk muka bumi, dan tempoh masa mangsa hilang.

Idea Luar Kotak Bendung Orang Sesat Dalam Hutan

Image from: Lelaki Kongsi Idea Luar Kotak Bendung Masalah Sesat Dalam Hutan
Kredit: Bernama

Baru-baru ini, perkongsian Mohd Jamalee mencuri perhatian ramai apabila dia berkongsi pendapat dan beberapa cadangan dalam mengurangkan kes orang sesat dalam hutan.

Cadangan saya dalam posting sebelum ni pasal penyelesaian kepada masalah sesat di hutan tu ialah disebabkan saya nampak beberapa posting yang dok kata kita kena hentikan aktiviti hiking masuk hutan ni.

Saya tak setuju.

Aktiviti hutan atau nature tourism ni adalah sebahagian dari aktiviti pelancongan yang baik, apatah lagi kita adalah sebuah negara yang kaya dengan biodiversiti.

Yang kita perlukan adalah usaha untuk mengurangkan risiko kehilangan atau sesat.

Itu yang saya cadangkan boleh tak agensi berkaitan atau pihak-pihak yang sering membawa orang hiking, buat macam dalam gambar ni.

Letakkan di beberapa laluan.

Kalau jadi kes hilang atau sesat, pasukan SAR boleh cari mereka di checkpoints ini dahulu.

Letak signboard di pokok. Ada kotak kecemasan juga di situ. Nak letak satcom boleh, flare boleh, wisel boleh, lighter boleh, botol air boleh, dannapa saja yang sesuai untuk bantu survival mereka yang sesat.

Saya walaupun ada lah beberapa kali hiking, tapi saya tak panggil diri saya hiker tegar, maka mungkin idea saya ni kurang bernas. Yang penting, kita sama-sama bertukar idea untuk pastikan aktiviti yang bagus ini dapat diteruskan.

Baca juga:

Cuma nak clarify beberapa perkara pasal idea saya ni sebab tengok ada beberapa komen yang mungkin kurang jelas idea asalnya.

1. Idea ini datang awalnya dari gambar kamera hidupan liar yang dapat tangkap gambar pendaki yang hilang. Itu yang datang idea, kalau kamera tersembunyi boleh ambil gambar, kalau kita letak signboard macam ni, mungkin pendaki tu akan berhenti dan tunggu di situ.

2. Signboard ni bukan macam marker yang menandakan laluan atau trek asal. Yang marker macam tu memang kena ada. Signboard ni dia jauh ke dalam sikit, dekat kawasan di luar trek. Tugasnya adalah untuk hentikan pendaki yang sesat itu dari terus berjalan jauh ke dalam.

3. "Kalau dah tau sesat, patah je lah balik" ni tak berlaku dalam hutan Tuan Puan. Anda kalau dah sesat, bila pusing belakang, anda sendiri tak kenal dah laluan tu. Memang nampak lain gila. Demai luas yang anda ikut awal tadi pun tetiba macam dah tak ada.

4. Idea kotak itu pula adalah untuk letak survival kits yang tak mahal sangat pun sebenarnya. Cukup untuk pendaki yang hilang survive sambil tunggu bantuan. Kecuali satcom tu lah.. Satcom tu mahal. Tak perlu letak pun tak apa. Kalau ada, lebih bagus. Barang yang diletakkan tu pun jangka hayatnya panjang.

5. Saya bagi idea kotak kit survival tu juga bukan sebab nak pendaki tak bersedia dengan keperluan barangan sendiri. Ia lebih kepada kes-kes di mana pendaki tu mungkin kehilangan beg. Beg dengan kawan yang dah terpisah ke, masa kena kejar campak beg ke, beg terjatuh gaung ke, gitulah maksudnya.

Sekali lagi, idea ni datang bila saya tengok kamera hidupan liar dapat ambil gambar pendaki sesat. Saya terus terfikir kalau pendaki sesat tu tau pasal kamera tu dan tunggu di situ, pasti dah dijumpai sekarang.



View Original Article