Lelaki lemas ketika berakit

17 Jan 2026 • 2:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

NABAWAN: Seorang lelaki dilaporkan lemas semasa menjalankan aktiviti rafting (berakit) di kawasan Kabulongou Earth, Sepulut, di sini, Jumaat.

Mangsa dikenal pasti sebagai Ramli Mayakin, berusia 40-an.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.40 tengah hari, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nabawan digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 53 kilometer dari balai.

Komander Operasi Kanan, PBT II Rudy Mekii, berkata pasukan bomba menghadapi kesukaran untuk ke lokasi kejadian berikutan laluan sempit serta keadaan jalan yang tidak berturap.

“Setibanya di lokasi pada jam 2.45 petang, Komander Operasi melaporkan seorang mangsa telah terjatuh ke dalam sungai semasa melakukan aktiviti rafting.

“Mangsa kemudiannya ditemui oleh orang awam di tepi sungai dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.

Menurut beliau, pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dari dalam sungai sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi melibatkan 12 anggota BBP Nabawan bersama dua jentera, dibantu oleh agensi lain termasuk PDRM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan KKM.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.30 petang.

Beliau turut menasihatkan orang awam agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dan berhati-hati ketika melakukan aktiviti rekreasi air, khususnya di kawasan sungai berarus deras dan pedalaman.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved