Lelaki lembam ditemui selamat selepas tiga hari hilang

30 Sep 2026 • 6:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki lembam ditemui selamat selepas tiga hari hilang

BATU GAJAH – Lelaki lembam yang hilang dari rumahnya di Kg. Batu 8, Jalan Tg. Tualang di sini kelmarin ditemui selamat oleh orang awam hari ini di tepi jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan Batu 7 di Tanjung Tualang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, Muhammad Nurfirdaus Hariz Hamdan, 26, ditemui orang awam yang melihatnya melambaikan tangan di tepi jalan.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung semula pada pukul 8 pagi hari ini dengan melakukan pertukaran anggota bertugas di lokasi,” katanya di sini hari ini.

Katanya, ketua operasi pada mulanya menerima maklumat dari penduduk kampung terdapat kemungkinan kehadiran mangsa di salah sebuah rumah penduduk kampung yang mahu menumpang mandi.

Beliau berkata, pemilik rumah pada mulanya tidak dapat mengecam bahawa mangsa yang berada di kediaman itu adalah lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang.

“Sebaik dia mengecam bahawa itu adalah mangsa yang hilang, mangsa telah pun menghilangkan diri dan masuk semula ke kawasan hutan bersebelahan ladang sawit.

“Pada pukul 3.37 petang mangsa telah berjaya ditemui selamat oleh orang awam yang terlihat mangsa melambaikan tangan memohon bantuan di tepi jalan,” katanya.

Sbarodzi berkata, orang awam tersebut telah menghubungi pasukan penyelamat dan mangsa ditemui dalam keadaan selamat berhampiran kawasan ladang sawit yang berada berhadapan Sekolah Kebangsaan Batu 7.

“Jarak lokasi mangsa ditemui adalah 1.2 kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang iaitu rumahnya.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis dan seterusnya dibawa ke Hospital Batu Gajah bagi menerima rawatan lanjut berkaitan masalah kesihatan (penyakit asma) yang dihidapinya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki lembam ditemui selamat selepas tiga hari hilang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved