Lelaki ditemui tidak bernyawa dalam kereta bersama ubat

30 Sep 2026 • 5:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki ditemui tidak bernyawa dalam kereta bersama ubat

NILAI – Mayat lelaki tempatan ditemukan di dalam sebuah kenderaan di Jalan Taman Semarak, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu pada pukul 10.49 pagi.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan pergelutan atau unsur jenayah pada tubuh si mati. Mangsa itu ditemui tidak sedarkan diri dan kematiannya disahkan oleh pasukan perubatan Klinik Kesihatan Nilai.

“Beberapa jenis ubat dipercayai milik si mati ditemukan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban bagi menentukan punca kematian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya hari ini.- KOSMO! ONLINE

The post Lelaki ditemui tidak bernyawa dalam kereta bersama ubat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved