Kereta dinaiki empat warga Singapura terbabas masuk longkang

LocalCars
30 Sep 2026 • 10:50 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kereta dinaiki empat warga Singapura terbabas masuk longkang

IPOH: Empat termasuk seorang wanita warga Singapura terselamat selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan masuk ke dalam longkang di Kampung Pergom, Jalan Cameron-Simpang Pulai, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kemalangan itu diterima pada pukul 3.45 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dihantar ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya anggota tiba di lokasi nahas, didapati sebuah kereta jenis Honda Civic berada di dalam longkang selepas dipercayai terbabas.

“Empat mangsa yang terbabit dalam kejadian itu merupakan tiga lelaki berusia 19, 20 dan 21 tahun serta seorang wanita berusia 21 tahun.

“Tiga mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba dan mereka mengalami kecederaan ringan.

“Bagaimanapun, seorang lelaki berusia 20 tahun masih tersepit di bahagian pemandu,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, ketua operasi kemudiannya menjalankan penilaian keadaan sebelum mengarahkan anggota melakukan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan khas penyelamatan dan pengusung.

“Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dan didapati mengalami kecederaan ringan pada bahagian kaki.

“Semua mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) dibantu anggota Perkhidmatan Perubatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans,” katanya. – UTUSAN

The post Kereta dinaiki empat warga Singapura terbabas masuk longkang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved