Lelaki maut dibaham harimau selepas masuk kandang di taman hidupan liar

12 Oct 2026 • 2:57 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Harimau Amur di Yorkshire Wildlife Park, England, lokasi seorang lelaki maut selepas memasuki kandang haiwan berkenaan.

Seorang lelaki maut selepas dibaham seekor harimau apabila memasuki kandang haiwan berkenaan di Yorkshire Wildlife Park, dekat Doncaster, England, pada Sabtu lalu.

Menurut laporan BBC dan Sky News, kejadian berlaku kira-kira jam 1.35 tengah hari waktu tempatan apabila pihak berkuasa menerima laporan mengenai seorang lelaki yang berada di dalam kandang harimau di taman hidupan liar tersebut.

Polis South Yorkshire dalam kenyataan memaklumkan, mangsa mengalami kecederaan serius selepas diserang haiwan berkenaan sebelum pasukan kecemasan dikejarkan ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian meskipun petugas perubatan berusaha menyelamatkannya.

Susulan kejadian itu, pihak pengurusan taman mengarahkan semua pengunjung mengosongkan kawasan berkenaan bagi membolehkan pasukan keselamatan menjalankan siasatan.

— Megh Updates 🚨™ (@MeghUpdates) October 11, 2026

Beberapa rakaman video turut tersebar di media sosial menunjukkan mangsa berada berhampiran seekor harimau sebelum diserang.

Malah, satu rakaman turut dipercayai memperdengarkan suara lelaki berkenaan meminta orang ramai mengambil gambarnya bersama haiwan tersebut sebelum kejadian berlaku.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih belum menjelaskan bagaimana mangsa boleh memasuki kandang berkenaan.

Sementara itu, pihak pengurusan Yorkshire Wildlife Park mengesahkan harimau spesies Amur yang dikenali sebagai Altai berada dalam keadaan selamat dan tidak akan dimatikan susulan kejadian berkenaan.

Pihak pengurusan turut memaklumkan kakitangannya yang terkesan akibat insiden itu diberikan sokongan khusus, manakala taman berkenaan ditutup sementara pada Ahad.

The post Lelaki maut dibaham harimau selepas masuk kandang di taman hidupan liar appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved