Lelaki maut dibunuh di kebun kelapa sawit

11 Aug 2026 • 11:42 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki maut dibunuh di kebun kelapa sawit
Gambar tular anggota polis melaksanakan siasatan di lokasi kejadian bunuh di kebun kelapa sawit di Banting pada Ahad.

KUALA LANGAT - Seorang lelaki ditemui maut dipercayai dibunuh di kebun kelapa sawit di Banting, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, laporan diterima daripada Cawangan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat kira-kira jam 5 petang.

"Mangsa berusia 49 tahun ditemui tidak sedarkan diri di kebun kelapa sawit.

"Susulan itu, seramai lapan individu disyaki terlibat dalam kes telah ditahan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan sebatan sekurang-kurangnya 12 kali jika sabit kesalahan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai makkumat berkaitan kejadian ini diminta tampil ke balai polis berhampiran.

"Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved