
GEORGE TOWN – Penghuni di dua buah rumah di Kampung Bukit, Bayan Lepas di sini dilaporkan terselamat selepas kediaman mereka dihempap pokok durian yang tumbang dalam kejadian petang tadi.
Mangsa terdiri lelaki berusia 43 tahun dan wanita berusia 35 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil ketika kejadian.
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, operasi berkenaan melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau.
“Insiden melibatkan tiga batang termasuk pokok durian yang tumbang dan menghempap tiga buah rumah. Komander operasi melaporkan tiada mangsa terlibat.
“Kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok tumbang turut dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran,” katanya di sini, hari ini.
Menurut beliau, selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian, kawasan berkenaan diserahkan kepada pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk tindakan selanjutnya.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 2.46 petang. -KOSMO! ONLINE
The post Dua penghuni terselamat, pokok durian hempap bumbung rumah appeared first on Kosmo Online.



![[VIDEO] Pemandu lori 10 tan tersepit dalam nahas di Persiaran Mokhtar Dahari](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-19-at-5.50.21-PM.jpeg)

