
JELI – Seorang lelaki maut selepas dihempap sebatang pokok tumbang ketika menunggang motosikal di Jalan Air Lanas-Gemang, di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, mangsa, Mohd. Alia Sabri Mat Repin, 40, yang menunggang motosikal jenis Honda Wave disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan.
Ketua Balai dan Penyelamat Bomba Jeli, Mohd. Adni Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.05 pagi sebelum 10 anggota dikejarkan ke lokasi berkenaan.
“Pihak bomba mendapati mangsa terperangkap di bawah pokok yang menghempap motosikalnya ketika melalui lokasi kejadian.
“Mayat lelaki itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Ajal penunggang motosikal dihempap pokok tumbang appeared first on Kosmo Online.






