Lelaki maut ditembak depan pusat hiburan

10 May 2026 • 11:53 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki maut ditembak depan pusat hiburan
Seorang lelaki dilaporkan maut dalam satu kejadian tembak di Taman Industri Jaya, di sini, pada malam Sabtu. Foto tular

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki dilaporkan maut dalam satu kejadian tembak di Taman Industri Jaya, di sini, pada malam Sabtu.

Beberapa foto memaparkan keadaan mangsa terbaring berlumuran darah tular di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan jam 11 malam.

“Kes berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di Taman Industri Jaya dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Polis sedang giat menyiasat untuk mengetahui motif dan punca kejadian," katanya.

Jelas beliau, polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu.