Lelaki maut ditetak 16 kali kerana dendam

26 Nov 2026 • 2:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki maut ditetak 16 kali kerana dendam

ALOR SETAR – Seorang lelaki maut akibat ditetak akibat dendam dan perebutan kawasan di hadapan kedai makan Honpei, Jalan Raya, Pekan Lama Kuala Ketil, awal pagi tadi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira 12.15 tengah malam menyebabkan mangsa mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Hasil pemeriksaan awal pihak forensik mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kaki, tangan, lutut serta belakang leher.”

“Terdapat sebanyak 16 kesan kecederaan dan hampir putus disebabkan tetakan menggunakan parang,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, hasil siasatan dan risikan yang dijalankan pihak polis mendapati motif kejadian berpunca daripada dendam dan perebutan kawasan.

“Maklumat daripada orang awam memaklumkan, empat lelaki bersenjatakan parang telah turun daripada sebuah kereta jenis Proton Persona. Suspek berkenaan telah mengejar dan menetak mangsa.

di tempat kejadian dan kes disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati atau penjara antara 30 sehingga 40 tahun dan sebatan tidak kurang dua belas kali,” katanya.-KOSMO! ONLINE

The post Lelaki maut ditetak 16 kali kerana dendam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved