Peserta Brunei maut dalam acara permotoran  di Sandakan

16 Dec 2024 • 12:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Seorang lelaki warganegara Brunei berumur 36 tahun maut dalam acara Drag Battle di Litar Sandakan Turf Club, Batu 5 pada petang Sabtu.

Peserta sukan permotoran, dikenali sebagai Abang Adib Abang Alib, mengalami kecederaan parah dan segera dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent.

AdvertisementDia disahkan meninggal dunia akibat kecederaannya jam 5.20 petang.

Pemangku Ketua Polis Sandakan, Supt Ramasamy Kuppan, berkata mangsa memandu sebuah kenderaan Honda apabila hilang kawalan sekitar jam 4.44 petang.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Sewaktu melepasi garisan penamat, kenderaan mangsa tiba-tiba terbabas ke kiri trek perlumbaan,” kata Ramasamy dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Mangsa dibawa keluar dari kenderaan oleh pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang warga asing berumur 28 tahun maut dibaham buaya di kawasan setinggan pembuangan sampah Batu 8, di sini, Jumaat.

Ramasamy berkata kejadian berlaku kira-kira jam 8.20 malam.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Hasil siasatan polis mendapati pada masa kejadian, mangsa sedang berjalan ke rumah abangnya melalui jambatan kayu.

“Ketika dalam perjalanan, mangsa disambar oleh seekor buaya. Mangsa sempat menjerit dan meminta pertolongan,” katanya dalam kenyataan.

“Mayat mangsa kemudiannya ditemui oleh ahli keluarganya lebih kurang dua meter dari tempat kejadian pukul 9.30 malam hari sama, dengan kesan gigitan buaya di beberapa bahagian badan,” katanya.

Tambahya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat dan kes dikasifikasikan sebagai laporan mati mengejut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved