Lelaki maut ketika pimpin pelajar Tingkatan Enam mendaki

LocalHealth & Fitness
15 Sep 2026 • 10:49 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki maut ketika pimpin pelajar Tingkatan Enam mendaki
Mangsa dipercayai pengsan ketika mengetuai sekumpulan pelajar Tingkatan Enam dalam aktiviti pendakian di kawasan Hutan Simpan Ulu Tamu pada Isnin.
Image from: Lelaki maut ketika pimpin pelajar Tingkatan Enam mendaki
Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

HULU SELANGOR - Seorang lelaki warga emas yang mengetuai pelajar Tingkatan Enam ketika melakukan aktiviti pendakian meninggal dunia di Hutan Simpang Ulu Tamu Batang Kali di sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 12.35 tengah hari.

"Susulan itu, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian dengan jarak 22 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

**media[3647977]**

Ashrul Riezal berkata, sebaik tiba di lokasi, Komander Operasi memaklumkan terdapat seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun ditemui pengsan ketika mengetuai pelajar Tingkatan Enam melakukan aktiviti pendakian.

"Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerja membawa turun mangsa dilakukan oleh anggota bomba," katanya.

Tambah beliau, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved