[VIDEO] ‘Macam nak roboh hang ketuk pintu rumah aku’

2 Oct 2026 • 10:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Macam nak roboh hang ketuk pintu rumah aku’

PETALING JAYA – Seorang lelaki terkejut apabila pintu rumahnya didakwa diketuk sekitar pukul 5.16 pagi semalam, namun tiada kelibat individu di luar rumahnya.

Pengguna Thread Ariffzul369 memuat naik video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memperlihatkan keadaan di dalam dan luar rumahnya di Taman Nilam Sungai Petani, Kedah serta kedengaran bunyi ketukan pintu berkenaan.

“Selalu aku tengok video rumah orang kena ketuk, pagi tadi (semalam) sebelum subuh dia mai (datang) ketuk pintu rumah aku pula. Macam nak roboh hang ketuk pintu rumah aku ya syaitan.

“Pagi-pagi sebelum subuh hang buat reja (kerja) haram belakang rumah aku. Dah lewat gamaknya ya. Misteri ketukan pintu lagi, kali ni dia mai tang Lorong 6c Taman Nilam Sungai Petani, Kedah pula,” katanya pada kapsyen berkenaan.

Menjawab pertanyaan orang ramai, Ariffzul369 mendakwa, jirannya yang tinggal di lorong lain pernah berdepan pengalaman sama.

“Baru beberapa bulan tak dok (tak ada), jiran satu taman kena Lorong 9, pagi tadi kita pula kena,” ujarnya.

Video berkenaan mendapat pelbagai maklum balas selain ada mengaitkan kemungkinan ketukan itu daripada mereka yang mahu ‘menguji’ ilmu dipelajari.

“Beberapa minggu lepas saya kena dekat Tasek Gelugor sekitar 11.30 malam. Ya Allah, terkejut sungguh macam nak runtuh dinding. Kami pun mengendap ikut tingkap kot ada orang ka tapi takdak siapa pun. Esoknya tanya la dekat jiran-jiran mana tahu ada yang menukang malam-malam ke atau dengar apa-apa ketukan kuat, tapi semua kata tak dengar apa. Real betul bunyi kuat tu, kami kena dua kali malam tu,” komen Atiraanr.

“Intai boleh, jangan buka pintu je. Orang tengah test (uji) ilmu tu,” dakwa Mami.shantex.

“Aduh, ni yang buat saya seram. Dah lah duduk seorang,” komen Rahmah.mah.944.- KOSMO! ONLINE

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Macam nak roboh hang ketuk pintu rumah aku’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved