Lelaki maut, motosikal terbabas dalam sungai dekat ECRL Gombak

9 Aug 2026 • 10:03 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Lelaki maut, motosikal terbabas dalam sungai dekat ECRL Gombak

SHAH ALAM, 9 OGOS: Seorang lelaki berusia 30-an maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam sungai di Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dekat Jalan Gombak Lama, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Ashbar berkata kejadian berlaku berhampiran Perkampungan Orang Asli Batu 16, Gombak.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1 pagi sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 1.35 pagi.

"Siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah motosikal Yamaha LC135 ditunggang lelaki berusia 30-an yang dipercayai terbabas.

"Mangsa ditemui dalam sungai sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashrul Riezal berkata operasi membawa naik mangsa selesai pada jam 2.10 pagi sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.08 pagi membabitkan tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Selayang," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved