Penunggang motosikal maut terbabas ke dalam sungai

8 Aug 2026 • 7:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penunggang motosikal maut terbabas ke dalam sungai
Lokasi kejadian seorang penunggang motosikal maut selepas terbabas di Kilometer 25, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam (arah Johor Bahru) pada pagi Sabtu. - Foto: JBPM

KULAI - Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam (arah Johor Bahru) pada jam 9.35 pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa berusia 31 tahun dipercayai dalam perjalanan dari Kulai menuju ke Johor Bahru.

“Ketika melalui jalan itu, motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan.

“Kejadian itu mengakibatkan mangsa terjatuh ke dalam sungai dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Motosikal dan mangsa kemudiannya dikeluarkan dari sungai oleh pasukan bomba.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved