Motosikal terbabas, lelaki maut dalam sungai

9 Aug 2026 • 8:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Motosikal terbabas, lelaki maut dalam sungai

GOMBAK – Seorang lelaki berusia 30-an maut selepas sebuah motosikal Yamaha LC135 terbabas sebelum mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sungai di Jalan Gombak Lama berhampiran perkampungan Orang Asli Batu 16, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 1 pagi.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang tiba di lokasi pada pukul 1.35 pagi sebelum mangsa berjaya dibawa naik pada pukul 2.10 pagi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Motosikal terbabas, lelaki maut dalam sungai appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved