Lelaki maut tertimbus tanah di Pasir Gudang – Bomba

24 Oct 2026 • 5:17 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Lelaki maut tertimbus tanah di Pasir Gudang – Bomba

Operasi SAR melibatkan 17 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang dan Johor Jaya turut ditangguhkan untuk sementara waktu atas faktor keselamatan kerana hujan.

PASIR GUDANG: Seorang lelaki maut selepas dipercayai tertimbus ketika menggali tanah berhampiran tangki air Taman Kedidi di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam kenyataan hari ini memaklumkan menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian menimpa lelaki berusia 48 tahun itu pada 10 pagi.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan peralatan khas, cangkul dan skop bagi memudahkan penggalian tanah. 

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan pada 12.33 tengah hari,” menurut kenyataan itu. 

PGO memaklumkan mayat diserahkan kepada polis dan operasi tamat pada 12.53 tengah hari. 

Operasi SAR melibatkan 17 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang dan Johor Jaya turut ditangguhkan untuk sementara waktu atas faktor keselamatan kerana hujan.

Sementara itu, Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang dalam hantaran Facebook mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang dikenali sebagai Jamaluddin Wahab dari Taman Cahaya Masai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved