Lelaki maut tertimbus tanah di Pasir Gudang

24 Oct 2026 • 4:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki maut tertimbus tanah di Pasir Gudang

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berhampiran tangki air di Taman Kedidi, Jalan Kedidi 26, Pasir Gudang di sini hari ini.

Mangsa, Jamaluddin Wahab, 48, berjaya dikeluarkan anggota bomba pada pukul 12.33 tengah hari selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10 pagi.

Menurutnya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang tiba di lokasi pada pukul 10.11 pagi dan mendapati seorang lelaki dewasa tertimbus di dalam tanah.

“Operasi mencari dan menyelamat kemudian dijalankan dengan bantuan anggota dari BBP Johor Jaya.

“Bagaimanapun, operasi terpaksa ditangguhkan sementara pada pukul 11.46 pagi berikutan hujan yang menyebabkan kerja-kerja menyelamat tidak dapat diteruskan atas faktor keselamatan anggota,” kata kenyataan itu.

Operasi disambung semula dengan anggota menggunakan peralatan khas Paratech, cangkul dan penyodok bagi membantu kerja-kerja penggalian tanah.

Mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 12.33 tengah hari sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM di lokasi kejadian.

Operasi yang melibatkan seramai 17 anggota bomba itu tamat pada pukul 12.53 tengah hari. – KOSMO! ONLINE

 

The post Lelaki maut tertimbus tanah di Pasir Gudang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved