Remaja maut, lima cedera kereta dinaiki terbabas langgar pokok 

24 Oct 2026 • 8:53 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Remaja maut, lima cedera kereta dinaiki terbabas langgar pokok 

BATU PAHAT: Seorang remaja maut, manakala lima lagi cedera setelah kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar pokok berhampiran surau di Kampung Jalan Baru, Simpang Lima, di sini, malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat PBK I Zulmazi Ariffin berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.16 malam dan 13 anggota dikejarkan ke tempat kejadian bersama dua unit EMRS dan satu unit jentera FRT.

Beliau berkata setibanya di lokasi pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati kereta Proton Wira yang dinaiki mangsa berusia 16 tahun bersama lima lagi individu itu telah terbabas dan melanggar pokok.

“Mangsa terdiri daripada dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan dua kanak-kanak lelaki. Seorang mangsa yang maut dikenali sebagai Putera Muhaimin Qudrat Mohd Noor Wandi, 16, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Lima lagi mangsa, Puteri Nur Fairuza Balqis Mohd Noor Wandi, 15, Nor Azlan Shaharudin, 27; Putera Khairunas Mohd Noor Wandi, 11, Putera Aidin Firdaus Mohd Noor Wandi, 3, dan Rahmah A Rahim, 26, cedera dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved