Lelaki ditemukan maut tertimbus tanah di Pasir Gudang

24 Oct 2026 • 4:51 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki ditemukan maut tertimbus tanah di Pasir Gudang

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki tempatan yang dipercayai sedang mencari batu permata maut selepas tertimbus berhampiran tangki air, Jalan Kedidi 26, Taman Kedidi, di Pasir Gudang, di sini hari ini.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Jamaluddin Wahab, 48, dan berasal dari Taman Cahaya Masai, di sini mengunjungi lokasi itu bersama seorang rakannya yang selamat.

Komander Operasi Kanan, Timbalan Penguasa Bomba II, Firdaus Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10 pagi.

Susulan itu katanya, seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dan BBP Johor Jaya bersama tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati terdapat seorang lelaki dewasa tertimbus di dalam tanah. Anggota bertindak menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebelum mangsa ditemukan pada pukul 12.33 tengah hari.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Firdaus, operasi berkenaan kemudiannya ditamatkan pada pukul 12.53 tengah hari.-UTUSAN

The post Lelaki ditemukan maut tertimbus tanah di Pasir Gudang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved