Lelaki Menangis Terkandas Bersama Jenazah Bapa Mentua Di Tepi Jalan

23 Jun 2024 • 5:38 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang lelaki yang dalam perjalanan dari Sandakan ke Bongawan, Papar, pilu selepas terkandas bersama jenazah bapa mentuanya di jalan simpang Kota Belud pada Ahad akibat kenderaan mereka rosak.

Kejadian itu dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook Mohd Ariff Ahmad menerusi hantarannya dua jam lalu.

Malah, pemilik akaun tersebut juga telah membuat video secara langsung selama lebih 40 minit mengenai keadaannya yang sedang terkandas bersama jenazah bapa mentuanya.

Menurut perkongsiannya, lelaki tersebut mahu membawa bapa mentuanya menetap di kampung tetapi telah meninggal dunia dalam perjalanan dan mereka terkandas akibat kenderaan yang dipandunya rosak.

"Al-fatihah untuk bapa mentua...baru mahu bawa di kampung bersama kami, rupanya meninggalkan kami semua.

"(Kami) dari Sandakan dalam perjalanan pulang ke Bongawan, pam brek bocor terkandas beberapa jam sini. Kami berdua saja sekarang membuatkan air mata mengalir," tulisnya.







Sumber: Sinar Harian


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved