
TAWAU: Polis menahan seorang lelaki warga asing, 40an, yang dikatakan mengamuk dalam kejadian di kawasan Kg Titingan pada Isnin.
Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, sebilah pisau lipat yang disimpan di dalam poket seluarnya turut dirampas polis.
Menurutnya, semasa melakukan tangkapan ke atas suspek itu, pihaknya terpaksa menggunakan kekerasan minima apabila suspek enggan memberikan kerjasama.
Terdahulu, katanya, sepasukan polis daripada Balai Polis Tawau dan Pondok Polis Titingan yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah, menerima maklumat berkaitan seorang lelaki mengamuk di kawasan kampung itu.
SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more “Pasukan pergi ke lokasi kejadian dan terserempak dengan suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan.
“Ketika menjalankan pemeriksaan, suspek bertindak agresif dan enggan memberikan kerjasama sehingga memaksa polis mengambil tindakan sewajarnya bagi mententeramkan suspek,” katanya lagi.
Jasmin berkata, pisau lipat ditemui di seluar suspek ketika diperiksa polis.
Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan Dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 6(1)(c)Akta Imigresen 1959/63.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
