Lelaki mengamuk, ugut isteri guna parang

20 Sep 2025 • 2:30 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Polis menangkap seorang lelaki tempatan yang disyaki mengamuk dan mengugut isterinya dengan sebilah parang di sebuah taman perumahan di kawasan Jalan Apas, di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin, berkata suspek berumur 41 tahun itu ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSD) Tawau di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau kira-kira jam 8 malam, Khamis.

“Semasa suspek ditahan, polis turut merampas sebilah parang, seutas kunci kenderaan dan sebuah pacuan empat roda (4WD),” katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Jasmin berkata, menurut aduan mangsa, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.30 petang apabila suspek mengamuk sambil mengugut isterinya dengan sebilah parang di dalam kediaman mereka.

Beliau berkata, suspek bertindak agresif dengan mendakwa kononnya ada orang mengintai dari luar rumah sambil menyelak kain langsir ruang tamu.

“Situasi tegang itu mencapai kemuncaknya apabila suspek menjerit dan mengancam isterinya dengan kata-kata mahu membunuh dan menetaknya menggunakan parang yang berada dalam genggamannya,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. Semakan latar belakang mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Sehubungan itu, Jasmin menasihatkan orang ramai supaya mengawal emosi dan tidak mengambil tindakan di luar kawalan sehingga mengancam keselamatan ahli keluarga sendiri.

“Kita tidak akan berkompromi terhadap mereka yang melakukan ugutan jenayah atau tindakan ganas. Dapatkanlah bantuan sewajarnya jika menghadapi tekanan untuk mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved