
KUALA SELANGOR: Seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta di hadapan sebuah kedai serbaneka dekat Jalan Alam Suria, Bandar Puncak Alam, di sini, hari ini.
Mangsa, Allahyarham Azman Ahmad, 56, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.30 pagi tadi.
“Sampai di lokasi, didapati pintu kereta berkenaan berjaya dibuka oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Tambahnya, mayat lelaki berkenaan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Terdahulu beliau menggerakkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar ke yang terdiri daripada empat pegawai dan anggota serta dibantu oleh sebuah unit Fire Rescue Tender (FRT). – UTUSAN
The post Lelaki meninggal dunia dalam kereta di Puncak Alam appeared first on Utusan Malaysia.





