12 individu samun YouTuber warga Taiwan ditahan

12 Aug 2026 • 9:39 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 12 individu samun YouTuber warga Taiwan ditahan

PETALING JAYA: Seramai 12 individu ditahan selepas terbabit dalam kes samun berkumpulan dan menyamar sebagai anggota polis terhadap seorang YouTuber warga Taiwan di sebuah apartmen di ibu negara.

Penahanan itu dilakukan selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki warga Jepun berusia 43 tahun pada 1 Ogos lalu yang memaklumkan majikannya, seorang YouTuber warga Taiwan berusia 38 dipukul dan disamun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, mangsa mengalami kecederaan dan kerugian dianggarkan lebih RM35,000.

“Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur melancarkan operasi khas dan berjaya menahan 12 individu di sekitar Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, siasatan mendapati motif kejadian dipercayai kerana suspek mengetahui mangsa mempunyai simpanan wang tunai dalam mata wang asing yang bernilai tinggi sekali gus menjadi pencetus kepada jenayah berkenaan.

Menurutnya, semua yang ditahan terdiri daripada lapan lelaki dan empat wanita warga tempatan berusia antara 26 hingga 48 tahun.

“Daripada 12 suspek yang ditahan, tujuh dibebaskan dengan jaminan polis pada 7 Ogos lalu selepas keterangan mereka diambil manakala lima lagi direman sehingga 13 Ogos ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan,” jelasnya.

Katanya, polis kini mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan. –UTUSAN

The post 12 individu samun YouTuber warga Taiwan ditahan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved