Lelaki meninggal dunia ketika candat sotong

27 Jun 2026 • 6:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki meninggal dunia ketika candat sotong
Seorang lelaki meninggal dunia ketika mencandat sotong di perairan Besut. Gambar hiasan

JERTIH - Seorang lelaki meninggal dunia ketika mencandat sotong di perairan Besut di sini, awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira 1.16 pagi itu, mangsa yang berusia 59 tahun berasal dari Jerangau, Dungun dilaporkan rebah secara tiba-tiba di atas bot.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, rakan-rakan mangsa cuba memberikan bantuan pernafasan kecemasan namun gagal. 

"Mangsa kemudian dibawa ke jeti Kampung Tanjung Lali dekat Kampung Raja sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu. 

Mohd Rozaime berkata, bedah siasat yang dijalankan di Hospital Besut mengesahkan punca kematian adalah akibat serangan jantung.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved