Lelaki meninggal dunia selepas pengsan ketika sertai acara larian di Putrajaya

LocalHealth & Fitness
1 Nov 2026 • 6:26 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Lelaki meninggal dunia selepas pengsan ketika sertai acara larian di Putrajaya

Pihak hospital telah melakukan usaha resusitasi terhadap mangsa, namun gagal menyelamatkannya dan mangsa disahkan meninggal dunia pada 6.54 pagi.

PUTRAJAYA: Seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun meninggal dunia selepas pengsan ketika menyertai acara larian di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata mangsa dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan.

“Pihak hospital telah melakukan usaha resusitasi terhadap mangsa, namun gagal menyelamatkannya dan mangsa disahkan meninggal dunia pada 6.54 pagi.

“Hasil semakan awal mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bedah siasat dijalankan di Hospital Putrajaya bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved