Seorang peserta maut ketika sertai acara larian

LocalHealth & Fitness
1 Nov 2026 • 1:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Seorang peserta maut ketika sertai acara larian

PUTRAJAYA – Seorang lelaki berusia 42 tahun meninggal dunia selepas pengsan ketika menyertai sebuah acara larian, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya.

Beliau berkata, sebelum itu, mangsa yang berusia dikejarkan menggunakan ambulans swasta ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya kira-kira pukul 6.52 pagi selepas pengsan ketika menyertai acara itu.

“Mangsa diberikan rawatan resusitasi oleh pihak hospital, namun usaha menyelamatkannya gagal sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 6.54 pagi.

“Hasil semakan awal mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, bedah siasat dijadualkan dijalankan pada pukul 1 tengah hari ini di Hospital Putrajaya bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Aidi Sham berkata, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut.

Sebelum ini, tular di laman sosial Threads berhubung kejadian itu yang dikongsi oleh beberapa peserta larian sama yang terserempak dengan kejadian itu di kilometer 19. – KOSMO! ONLINE

The post Seorang peserta maut ketika sertai acara larian appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved