
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 57 tahun meminta dibicarakan kerana menyebabkan isterinya cedera dengan kayu aluminium.
Junih Goilis membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, apabila kesnya dibawa untuk sebutan pada Khamis.
Mahkamah menetapkan 7 Okt tahun ini untuk sebutan lanjut dan dia direman lanjut sementara menunggu tarikh tersebut.
Junih didakwa menyerang isterinya Diana Murin, 52, dengan menggunakan kayu aluminium itu jam 9.20 malam, 22 Jun tahun ini di sebuah rumah di Kg Babagon, Penampang.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Kesalahan di bawah Seksyen 324/326A Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, pihak pendakwaan meminta tarikh sebutan baharu dan tidak menawarkan jaminan.
Junih yang tidak diwakili memohon ikat jamin dibenarkan dan mendakwa isterinya telah membuat laporan polis untuk menarik balik laporan terdahulu terhadapnya.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim mengendalikan pendakwaan manakala Junih tidak diwakili.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


