Lelaki Myanmar ditemukan maut dipercayai dibunuh

24 Nov 2026 • 8:59 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki Myanmar ditemukan maut dipercayai dibunuh

LUMUT: Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di kawasan kebun dekat Kampung Raja Hitam, Ayer Tawar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan seorang lelaki warga Myanmar yang tidak sedarkan diri di rumah berkenaan pada pukul 8.27 pagi.

Katanya, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan pemeriksaan sebelum menemukan mangsa dalam keadaan tidak bernyawa.

“Bertindak atas maklumat, dua lelaki warga Myanmar yang disyaki terbabit dalam kejadian itu berjaya ditahan antara pukul 11 pagi hingga 8 malam.

“Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti identiti dan menentukan punca kematian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil ke IPD Manjung atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222 atau talian WhatsApp 017-682 8005 serta mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – UTUSAN

The post Lelaki Myanmar ditemukan maut dipercayai dibunuh appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved