Lelaki Naik Kapal Terbang Dari KL Ke JB Demi Hantar Kuih Raya, Pembeli Siap Taja Tiket Flight! [Video]

13 Mar 2025 • 1:00 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Tanpa kita sedar, sudah hampir mencecah dua minggu sejak Ramadan bermula. Dalam pada golongan Muslim mengejar amalan ibadah sepanjang bulan puasa ini, orang ramai juga tidak terlepas daripada melakukan persiapan Aidilfitri tidak lama lagi.

Antaranya adalah membeli hiasan dan deko rumah yang baharu, baju raya, set pinggan mangkuk dan juga yang paling dicari-cari iaitu kuih raya!

Pada ketika ini, sesuatu pembelian dilihat lebih mudah, apabila kebanyakan peniaga sudah mula menggunakan platform atas talian bagi menjual kuih raya mereka. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah survey dan membuat pesanan.

Lelaki COD Kuih Raya Naik Kapal Terbang Dari KL Ke JB

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @najimjimjim) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Najim berkongsi situasinya menghantar kuih raya yang dipesan kepada pelanggan.

Kebiasaannya, penjual akan menghantar kuih raya dalam bentuk perkhidmatan pos dan kurier atau COD (cash on delivery).

Namun kali ini, Najim telah melakukan penghantaran COD ‘next level’ yang mana dia menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru semata-mata untuk menghantar kuih tersebut.

image is not available
Sumber: X (@najimjimjim)

Tiket Penerbangan Ke Johor Bahru Ditaja Oleh Pembeli

Menurut lelaki itu, penerbangan balik hari tersebut ditaja sendiri oleh pembeli. Najim turut memaklumkan bahawa masa perjalanan menaiki kapal terbang mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Dalam klip sama, Najim juga sempat merakam momen penghantaran itu daripada di rumah sehinggalah balik daripada berjumpa dengan pelanggan.

Difahamkan, dua orang pembeli itu telah menunggu ketibaan Najim di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru. Setelah selesai dengan urusan tersebut, lelaki berkenaan kemudian berangkat pulang ke rumah.

“Pertama kali delivery kuih raya naik flight balik hari dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Pelanggan sanggup bayar tiket penerbangan, kita okay je,” kata Najim.

Walaupun hanya sebentar, tetapi kami percaya bahawa ini merupakan pengalaman dan kenangan yang tidak akan dilupakan oleh peniaga itu.

Ramai Terkejut Pembeli Sanggup Bayarkan Tiket Penerbangan Buat Najim

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai terkejut dengan penghantaran kuih raya menggunakan kapal terbang itu.

“Kaya betul pembeli tu,” kata seorang pengguna X.

Malah kesanggupan pembeli untuk menaja tiket penerbangan ke Johor Bahru membuatkan individu lain tertanya-tanya tentang tahap kelazatan kuih raya yang dijual oleh Najim.

“Sedap sangat tu kalau sampai sanggup bayarkan tiket flight! Boleh order lagi tak? Saya dekat kawasan Kuala Lumpur je,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, segelintir individu turut mendoakan agar bisnes kuih raya berkenaan semakin maju selepas ini.

“Pembungkusan bubble wrap dan penghantaran domestik yang bagus. Lagi murah dan jimat banyak masa juga kan? Apa-apa pun semoga murah rezeki,” kata seorang netizen.

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: X (@najimjimjim)


Sekadar info, Najim menjual kuih tart nenas untuk Raya Aidilfitri tahun ini. Untuk link pembelian kami sertakan sekali [DI SINI].

Difahamkan, Najim tutup pre-order pada 16 Mac. Siapa yang belum ada stok kuih raya untuk raya nanti, bolehlah cepat-cepat masuk cart.

Source: