Lelaki tular sengaja jatuh di jejambat Batu Lanchang disyaki alami masalah mental

29 Aug 2026 • 5:12 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Lelaki tular sengaja jatuh di jejambat Batu Lanchang disyaki alami masalah mental

Pihak polis berkata berdasarkan siasatan, kejadian berlaku pada 4.16 petang semalam dan lelaki terbabit dipercayai warga Myanmar serta tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

GEORGE TOWN: Seorang lelaki yang tular selepas sengaja menjatuhkan diri ke tengah jalan di jejambat Batu Lanchang di sini, disyaki mempunyai masalah kesihatan mental.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata berdasarkan siasatan, kejadian berlaku pada 4.16 petang semalam dan lelaki terbabit dipercayai warga Myanmar serta tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. Suspek telah ditangkap berkaitan satu kes berasingan berhubung pencerobohan rumah yang dilaporkan di Jalan Kurau, Jelutong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Terdahulu, tular video berdurasi 22 saat yang memaparkan sebuah kenderaan nyaris melanggar seorang lelaki selepas individu itu secara tiba-tiba menjatuhkan dirinya ke tengah jalan ketika kenderaan berkenaan sedang bergerak di jejambat Batu Lanchang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved